9
SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri
manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak
tenang.
2. Pendendam tersembunyi - iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang
seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta
secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang
yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki
sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,
pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada
duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih
sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi
bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang
lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas
dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa
banyak yg diminum tetap tak abis jugak. Lagipun orang tamak selalu rugi. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan
oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki
kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi
mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi
hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak-banyakkanlah bersabar bila hadapi
dugaan. Contohnya time kerja banyak, tetap maintain vogue walau keja bertimbun
atas meja. heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.
Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah
amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau
kita riak..takabbur dengan apa yang kita ada.
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati
jangan diletakkan pada harta itu. Bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg
soleh/solehah. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia
itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah
akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan su paya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
No comments:
Post a Comment