27 February 2013

Hati Tidak Bahagia

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi - iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak. Lagipun orang tamak selalu rugi. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak-banyakkanlah bersabar bila hadapi dugaan. Contohnya time kerja banyak, tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja. heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dengan apa yang kita ada.

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan su paya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

26 February 2013

Politik Kepartian di Malaysia


Politik kepartian pada asasnya lahir dari sistem demokrasi. Di Malaysia, ia bermula pada tahun 1955 apabila ia menerima sistem demokrasi sebagai kaedah pemerintahan di samping sistem beraja. Tiada dalam pengalaman Islam sepanjang sejarah, tertubuhnya parti politik dalam sistem pemerintahan negara. Ini bermakna kehidupan demokrasi dalam sistem politik Islam adalah satu pengalaman baru bagi umat Islam. Bagaimana amalan demokrasi harus disaring untuk mencapai objektif kehidupan berteraskan maqasid syara’ belum sampai ke tahap matang.

Malaysia seperti negara Islam lain menerima demokrasi Barat secara bertapis. Secara umumnya, kita mengamalkan pilihan raya tetapi masih mengekalkan nilai asal yang diwarisi dari pengalaman pemerintahan Islam ynng lampau. Negara Islam tidak menerima sepenuhnya falsafah demokrasi ala Barat. Prof. Said Asymawi bila ditanya tentang status negara Islam hari ini sebagai negara demokrasi, ia menjawab tidak. Sebaliknya negara umat Islam masih mewarisi sistem pemerintahan Islam dari zaman silam.


Isu penerimaan terhadap sistem demokrasi pilihan raya menjadi perbahasan hangat dalam kalangan gerakan Islam satu masa dahulu. Demokrasi memberi ruang penyertaan rakyat dalam menentukan dasar dan hala tuju negara. Umat menjadi sumber kuasa dan hak umat dalam memuhasabah pemerintah dianggap nilai yang baik dalam demokrasi. Imam Hasan al-Banna menerima sistem demokrasi pilihanraya secara umum dengan beberapa cadangan penambahbaikan. Saya berpendapat bahawa kita masih perlu mengolah demokrasi berasaskan nilai Islam atau nilai ketimuran.

Ini adalah satu satunya penyelesaian politik yang akan memihak kepada Islam dan umat Islam. Ada pun menerima liberal demokratik Barat sepenuhnya dari segi falsafah dan nilai akan merosak dan merugikan umat Islam. Kemungkinan ketidakmatangan pengalaman politik dalam membangunan sistem politik ala Islam telah membawa negara kita kepada perbalahan politik yang mengundang kemusnahan terhadap Islam dan umat Islam sendiri. Matlamat perjuangan parti politik umat Islam tidak dipandu oleh garis panduan bagi mencapai maksud siasah syariyyah yang umum.

Hari ini perbalahan politik dalam kalangan umat Islam sampai ke tahap yang membahayakan. Dengan maksud kemungkinan meruntuhkan sistem politik demokrasi bertapis kepada demokrasi terbuka yang akan meletakkan Islam dan umat Islam di bawah konsep samarata dengan agama dan umat yang lain. Keinsafan menuntut kita bersatu, bersepakat dalam mematangkan amalan demokrasi berasaskan nilai tempatan. Namun begitu, permusuhan politik telah dikuasai dendam yang hanya tahu meruntuh. Tanpa peduli alternatifnya nanti akan memberi ruang untuk kita membangunkan politik atas asas siasah syariyyah atau cita cita tersebut akan terkubur terus.


Parti parti politik umat Islam perlulah :

1. Bersepakat bagi mencari jalan memperkasakan kedudukan Islam dan martabat umat berlandaskan peruntukan peruntukan yang sedia ada.

2. Berbincangan untuk mengatasi tiga kepincangan yang wujud dalam sistem sekarang secara muwafakat dan ansur maj
u.

3. Mengkaji semula dasar hubungan dengan parti parti bukan Islam agar hala tuju Malaysia kearah kesempurnaan tidak tergugat.

4. Menolak dasar liberal yang akan menghakis kedudukan Islam, hak keistimewaan melayu dan mengancam intitusi raja.


5. Memastikan peranan politik non muslim dalam mana mana tahaluf siasi tidak melebihi kuasa tanfizi.

23 February 2013

Islam Jangan Bermusuh

Dilarang bermusuhan sesama Islam

Dari 'Aisyah ra katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan." (Riwayat Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. [Riwayat Bukhari & Muslim]

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah(panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." [Surah Al-Hujurat:11]

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka(kecurigaan), kerana sebagian dari buruk-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." [Surah Al-Hujurat:12]

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: "Adakah kamu tahu siapakah orang papa (muflis) pada Hari Kiamat?" Jawab sahabat, "Orang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya. "Baginda bersabda lagi: "Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan kedalam neraka." (Riwayat Muslim)

22 February 2013

Belajarlah Dengan Berdoa



1. Doa memulakan ulangkaji :  
  
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

2. Doa selepas mengulangkaji :

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan

Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan :

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan :

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab :

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

Atau :

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

4. Jika anda terlupa jawapan :

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

21 February 2013

Senyuman

BismillahirRahmanirRahim..
Assalamu'alaikum & Alhamdulillah bertemu kita kembali..

Senyum pada pagi hari akan membuatkan anda tersenyum pada keseluruhan hari
Senyum untuk hidup akan membuatkan kehidupan sentiasa tersenyum
Senyum pada ujian akan membuatkan ujian menjadi mudah
Senyum pada musuh akan melahirkan kawan dikemudian hari
Senyum pada kesedihan, kegembiraan akan menyusul
Senyum pada dunia membuatkan akhirat tersenyum pada kita

Senyumlah pada semua kerana senyum tidak perlu sebarang kos operasi mahupun penyelenggaraan !!!
Senyum pada diri anda membuatkan anda tersenyum pada semua
Senyum yang anda berikan menyebabkan anda mendapat senyuman
Senyumlah untuk mendapat kesenyuman dalam kehidupan.

Akhlak


Akhlak adalah perkara penting selepas iman. Setiap orang akan dinilai berdasarkan budi pekertinya (akhlak). Jika baik akhlaknya, maka dia akan dianggap baik. Jika buruk akhlaknya meskipun ada melakukan kebajikan, tetap tidak akan dinilai.

Oleh itu, orang yang mempunyai akhlak mulia akan dipandang mulia di sisi Allah. Contoh, akhlak mulia adalah akhlak Rasulullah. Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia." [Surah al-Qalam : 4].


Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang akhlak yang baik, maka beliau membacakan kepadanya firman Allah SWT  : “Jadilah engkau seorang pemaaf, suruhlah orang mengerjakan yang makruf dan berpalinglah dari orang-orang yang jahil.” [Surah al-A'raf : 199].

Anas bin Malik berkata : "Seorang hamba dengan akhlaknya yang baik dapat mencapai darjat tertinggi di syurga, sedangkan ia bukanlah seorang ahli ibadah. Dan dengan akhlaknya yang buruk akan terhempas ke dasar paling bawah neraka Jahanam, sedangkan ia seorang ahli ibadah".


Ibn al-Mubarah pernah mendapat seorang teman seperjalanan yang buruk akhlaknya. Namun ia tetap bersabar dan sentiasa berusaha mengikuti kemahuan temannya itu. Dan ketika akhirnya mereka terpisah, Ibnu al-Mubarah menangis. Seseorang menanyakan hal itu kepadanya, dan ia pun berkata : "Aku menangisi orang itu. Kini aku telah berpisah darinya, sedangkan akhlaknya yang buruk masih bersamanya, tidak berpisah darinya."


Diriwayatkan bahawa Umar r.a pernah meminta izin untuk menemui baginda Rasulullah s.a.w. ketika itu ada beberapa orang wanita dari kalangan Quraisy sedang berbicara dengan baginda, suara mereka terdengar lebih keras daripada baginda. Tiba-tiba ketika mengetahui Umar meminta izin untuk masuk, mereka bergegas menyembunyikan diri di balik hijab. Dan masuklah Umar sementara Rasulullah s.a.w tertawa. Umar pun bertanya : "Kenapa anda tertawa, ya Rasulullah? Jawab baginda : "Sungguh aku hairan melihat tingkah laku wanita-wanita yang baru saja bersamaku, ketika mendengar suaramu mereka segera menyembunyikan diri di balik hijab". Mendengar itu, Umar berkata : "Sungguh engkaulah, ya Rasulullah, yang lebih patut mereka takuti daripada aku."


Kemudian ia menoleh ke arah para wanita itu, seraya berkata : "Adakah kalian takut kepadaku dan tidak takut kepada Rasulullah?" Mereka menjawab : "Ya, kerana anda begitu keras dan begitu kasar, tidak seperti Rasulullah s.a.w!".


Dari hadis dan kisah di atas jelas menunjukkan pentingnya soal menjaga akhlak. Dalam kehidupan seharian yang dilingkungi berbagai jenis manusia, akhlak adalah perkara utama. Akhlak yang baik disenangi manakala buruk hanya akan menambah musuh. Apakah cara memperbaiki akhlak yang buruk? Pertama, bagaimana bentuk ibadat wajib kita. Pastikan ia benar-benar menurut apa yang diperintahkan Allah. Kedua, dari mana sumber rezeki kita yang menjadi darah daging dan membentuk keperibadian kita dan ketiga siapakah rakan-rakan di sekeliling kita. Jika semua rakan buruk akhlaknya maka kita juga merasa tempiasnya.