SweetLife
28 March 2013
Legenda Qari : Sheikh Mustafa Ismail
Sheikh Mustafa Ismail (1905-1978).
Dilahirkan di Mit Ghazal. Sebuah kampung berdekatan Tanta (Utara Cairo). Sheikh Mustafa Ismail belajar Al-Quran semenjak kecil dan apabila berumur 15 atau 16 tahun beliau belajar di Azhar Institued di Tanta. Beliau mempelajari ilmu science Al-quran dan bercadang meneruskan pengajiannya ke University Azhar di Cairo. Tetapi, beliau berminat menjadi Qari lantaran menempa nama sebagai Qari di Delta dalam tahun 1930. Beliau mulanya ke Cairo menerima jemputan membaca Al-Quran di beberapa majlis. Kemudian dijemput oleh Raja Farouk pada bulan Ramadan 1944 untuk mendengarkan bacaan beliau. Selepas perbincangan yang panjang dan penyesuaian suaranya di radio, beliau kemudian membaca Al-Quran di stesen radio Mesir. Sheikh Mustafa sangat berminat dengan bacaan Sheikh Muhammad Rifcat dan Sheikh Abd Al-Fattah Al-Sacsaci, namun beliau tetap cenderung dengan cara bacaan unik beliau itu. Beliau tidak belajar muzik secara formal , tapi dapat menguasai seni muzik dan seni lagu pada zaman itu. Beliau kerap mengembara dan terkenal di luar negeri sebagai Qari yang teratas dalam senarai Qari-Qari Mesir, beliau berjaya merakamkan Al-Quran keseluruhannya dalam bentuk murattal dan mujawwad. Rakamannya tiada di luar Mesir. Sheikh Mustafa menjadi Qari tetap pada President Anwar Al Sadat dan mengikutinya ke Jurusalem pada 1978. Beliau di anggap sebagai Qari terulung zaman ini kerana bacaaannya yang bertarannum dan tajwid yang baik sekali. Beliau boleh di anggap sebagai inspirasi kepada Qari-Qari yang baru. Semasa beliau meninggal dunia beliau menjadi Qari di Masjid Al-Azhar.
Sekian. Al-Fatihah kepada Sheikh Mustafa Ismail. Ameeen.
4 March 2013
Pemerintah Kuku Besi, Rakyat Derita
Zaman kini merupakan zaman yang amat mencabar. Kejahatan diberikan kedudukan istimewa, kebaikan dilihat janggal. Gejala ini nyata terlihat dalam sinema Melayu yang lebih mengagungkan tajuk-tajuk filem Juvana, KL Gangster, Karlos dan sebagainya seolah-olah watak-watak itulah yang seharusnya menjadi inspirasi anak-anak muda. Budaya-budaya ini akibatnya bekal menjadi simbol panutan generasi muda yang bakal menggantikan kepimpinan di masa akan datang.
Ketika itu kejahatan subur melata kerana sang penguasa terdiri di kalangan penganut politik 'kuku besi', hasil dari paparan pembudayaan golongan autokrat terhadap generasi muda.
Makna Kuku Besi
Syeikh Abdul Rahman al-Kawakibi mendifinisikan kuku besi bermaksud sifat ghairah mencengkam manusia supaya menuruti segala kemahuannya. Amat benci mendengar nasihat dan pandangan. Sifat ini lebih sinonim dikaitkan dengan pemerintah kerana mereka yang paling berkuasa menaja segala kejahatan.
Pemerintah kuku besi bakal memangsakan semua lapisan manusia yang berada di bawah mereka. Sama ada rakyat biasa, penentang, bahkan pengikut dan pembodek. Sama ada sedar atau tidak, semua menerima nasib yang sama. Sentiasa ditindas dan dinafikan hak.
Siapakah Mereka?
Mari kita menyelak lembaran wahyu, bagaimana Islam membayangkan sifat-sifat penguasa kuku besi. Nabi Muhammad SAW telah menyenaraikan enam perbuatan jahat yang bakal menghancurkan manusia :
“Naiknya kepimpinan yang bodoh, banyaknya polis, berjual beli soal hukum, mudah menumpahkan darah, memutuskan hubungan kekeluargaan, mengambil al-Quran hanya sebagai lagu sedangkan hanya sedikit dalam kalangan mereka yang benar-benar faham hak al-Quran.” - Riwayat Imam Ahmad dan Tabarani.
Pemimpin yang bodoh dengan istilah sufaha’ bermakna mereka yang buta membezakan antara hak dan batil. Kebodohan ini menyebabkan mereka akan bertindak dengan penuh zalim. Malah kebodohan itu dibiaskan kepada rakyat akhirnya semua lapisan masyarakat buta antara hak dan batil. Maka kekallah sang zalim dipilih terus berkuasa dengan rela oleh rakyat yang telah dibodohkan.
Banyaknya polis bukan bermakna bertambah makmur. Bukan untuk menjaga keselamatan rakyat. Sebaliknya diperbanyakkan polis semata-mata untuk berkhidmat menjaga tampuk kuasa penguasa. Digambarkan kejahatan jenayah yang paling besar adalah apabila rakyat tidak bersetuju dengan kerajaan. Dalam pada masa yang sama mereka melaung-laungkan konsep demokrasi yang dibangga-banggakan. Rakyat hidup dalam keadaan penuh ketakutan, bimbang didakwa tanpa bukti. Akhirnya terbentuklah "negara polis" tanpa disedari.
Berjual beli soal hukum dengan mengkhianati undang-undang sendiri yang telah diaktakan. Mereka bersifat dengan sifat yang ultra jahat apabila setelah mereka menetapkan undang-undang, mereka juga yang melanggar undang-undang. Hal ini disokong lagi dengan hadis lain yang menyatakan faktor sesebuah masyarakat hancur musnah kerana wujudnya amalan diskriminasi; berdasarkan sebuah hadis (bermaksud), “Sesungguhnya hancurnya generasi sebelum kamu kerana apabila golongan bangsawan yang mencuri mereka biarkan. Apabila golongan lemah yang mencuri, mereka kenakan hukuman.” - Riwayat Muslim
Mudah menumpahkan darah kerana mereka dirasuk sifat tamak kuasa. Golongan kuku besi bersedia bila-bila masa menyeksa sehingga membunuh demi mengekalkan kuasa. Asalkan dapat kekalkan kuasa, sanggup melakukan apa sahaja. Perangai jahat ini saling tidak tumpah dengan jenayah golongan jin yang asalnya dilantik oleh Allah sebagai khalifah di atas muka bumi. Oleh sebab mereka ketagih memporak-perandakan dunia dan menumpahkan darah, maka Allah melucutkan jawatan mereka sebagai khalifah. Jawatan khalifah tersebut kini disandang oleh manusia. Bermakna penguasa kuku besi sedang mengulang kegagalan jin untuk memakmurkan dunia.
Sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan. Jika sanggup menumpahkan darah, apalah sangat memutuskan hubungan sosial dengan saudara dan taulan. Itu merupakan soal yang sangat kecil bagi mereka.
Hanya tahu al-Quran sebagai puisi yang dilagukan, novel yang dibaca bersempena dan seni kaligrafi yang indah. Mereka menilai al-Quran hanya sebagai seni. Mereka buat-buat tidak faham bahawa al-Quran merupakan perlembagaan yang perlu didaulatkan. Jika ada golongan yang menyeru agar dilaksanakan al-Quran, maka tindakan yang keras akan dikenakan. Mereka Islam tetapi memerangi kitab orang Islam.
Faktor Mengapa Mereka Berkuku Besi
Mengapa manusia yang fitrahnya inginkan kebaikan dan keharmonian tiba-tiba berubah menjadi makhluk perosak yang tamak haloba merampas hak rakyat? Hal ini dijawab oleh Nabi SAW di dalam hadis, bermaksud : “Sesungguhnya roda Islam berputar, ikutlah putaran roda Islam. Sampai satu ketika antara al-Quran dan pemerintahan akan dipisahkan. Jangan kamu pisahkan diri kamu dengan al-Quran. Kamu akan dapati penguasa kamu hanya bekerja untuk diri mereka bukan untuk diri kamu. Sekiranya kamu taat, kamu sesat. Sekiranya kamu lawan, kamu akan dibunuh.” - Riwayat Tabarani
Baginda Nabi SAW menjawab bahawasanya berlakunya kebejatan kuku besi apabila manusia membakulsampahkan Islam. Dengan memisahkan Islam dengan sistem pemerintahan, akhirnya melahirkan golongan penguasa yang mementingkan diri. Sehingga Nabi SAW menyebutkan ciri utama mereka hanya bekerja demi keuntungan diri sendiri, bukan untuk kepentingan rakyat.
Ciri ini amat sesuai dengan perangai penguasa kuku besi seperti yang dijelaskan oleh Syeikh Abdul Rahman al-Kawakibi (maksudnya), “Golongan kuku besi memerintah rakyat ikut kehendaknya, bukan ikut kehendak rakyat. Mereka memerintah dengan nafsu bukan dengan syariat. Merekalah penentang kebenaran. Musuh kepada kebebasan.”
Dalam erti kata yang lain sekiranya kita merelakan golongan yang membakulkansampahkan Islam dalam hidup mereka sebagai pemimpin, maka sebenarnya kita sedang melahirkan penguasa kuku besi. Segala urusan bergantung kepada kepentingan mereka bukan kepentingan rakyat.
Merenung Kesalahan Kita
Timbul satu persoalan lain, mengapa kuasa kuku besi boleh kekal mencengkam hingga kini? Jawabnya, ini semua merupakan salah orang-orang yang mengangkat dan terus memilih mereka untuk terus kekal menjadi penguasa tanpa serik. Selagi ada golongan yang menyokong kejahatan, selagi itu kekallah penguasa kuku besi berkuasa menindas rakyat.
Nabi SAW telah menyenaraikan 15 dosa yang mengundang bala. Perkara ini telah direkodkan oleh Imam Tirmizi melalui sunannya, di dalam hadis yang bernombor 2210. Penulis meneliti, dosa-dosa yang disenaraikan adalah berkaitan salah laku politik yang menyebabkan munculnya penguasa kuku besi.
Antaranya
adalah:
“Apabila aset negara berlegar dalam kalangan orang-orang tertentu”. Allah mengurniakan perbendaharaan negara untuk dinikmati oleh semua. Malangnya ia dibolot oleh gerombolan penguasa kuku besi untuk terus menaja kejahatan mereka. Harta negara milik rakyat dijadikan sebagai modal untuk terus menipu dan menindas.

“Apabila amanah dijadikan sebagai keuntungan”. Di dalam bahasa wahyu, Allah dan Rasul SAW menggunakan istilah amanah dengan maksud jawatan dan kuasa. Islam mengajar bahawa jawatan merupakan tanggungjawab yang maha berat akan disoal di akhirat. Namun golongan penguasa kuku besi ghairah mencengkam kuasa. Hal ini kerana bagi mereka amanah kuasa sebagai peluang untuk memenuhkan tembolok sendiri seterusnya dikongsi oleh seisi kroni.
“Pemimpin mereka adalah dalam kalangan yang paling jahat dalam kalangan mereka”. Hal ini merupakan faktor utama mengapa penguasa kuku besi boleh kekal berkuasa. Mereka dipilih sendiri oleh rakyat yang buta kebenaran. Manusia telah disesatkan dari fitrah mereka yang mahukan orang yang paling baik diangkat sebagai pemimpin.
Gerakan menyesatkan minda manusia telah dibentangkan oleh Theodore Herzl di dalam Protokol Zionis yang menggariskan : “Politik sama sekali tiada persamaan dengan moral. Pemimpin yang bermoral adalah pemimpin yang lemah dan kurang mahir. Orang yang mahu menjadi pemimpin perlu memiliki sifat licik dan pandai menyakinkan orang lain (walaupun dalam perkara batil).”
Amat jelas racun pemikiran yang telah disuntik oleh zionis. Hingga kini kita mudah mendengar pandangan ramai bahawa orang yang berakhlak dan bermoral adalah lemah dan tidak pandai mentadbir. Sedangkan Islam melihat akhlak dan kejujuran merupakan kekuatan utama seorang pemimpin. Kemahiran mengurus boleh diasah. Manakala amanah dan kejujuran tidak boleh dibuat-buat. Sangat pelik manusia boleh beriman dengan cara berfikir ‘tidak mengapa pilih orang yang jahat sedikit asalkan dia pandai mengurus’.
Maka disebabkan kecacatan dalam berfikir dan memilih, menyebabkan manusia terus melantik orang yang paling jahat dalam kalangan mereka sebagai penguasa.
Allah telah merakamkan kesalahan rakyat yang tidak serik memilih manusia yang jahat sebagai pemimpin mereka menyebabkan mereka turut dihumban ke dalam neraka : “Dimuliakan seseorang kerana takut akan kejahatannya”. Apabila penguasa kuku besi terus diberi peluang berkuasa, mereka terus membuat onar yang menyebabkan rakyat terdidik dengan kejahatan lalu takut untuk melawan akhirnya lali dengan kejahatan. Semakin merasuah, semakin zalim, semakin menipu, semakin diberi ‘kurnia’ oleh rakyat agar kekal berkuasa.
Baginda Nabi SAW tegas tidak mengaku sebagai umat terhadap golongan yang takut menyatakan pendirian di hadapan penguasa yang zalim,“Apabila engkau melihat umatku takut untuk menyatakan penegasan terhadap orang yang zalim ‘Wahai orang zalim’. Maka diterima ucapan selamat tinggal buat mereka.” - Riwayat Imam Ahmad dan Tabarani
Berdasarkan apa yang telah dipesan oleh Nabi SAW, penguasa yang zalim akan terus berdiri kukuh selagi rakyat memilih mereka. Selagi kejahatan mereka diberi kerjasama oleh rakyat, selagi itulah mereka megah berkuasa.
Oleh itu, Allah turut menyeksa golongan pengundi yang memilih penguasa kuku besi atas kesalahan bersubahat dengan kezaliman.
“Mereka berkata wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami hanya mentaati pemimpin dan penguasa kami. Maka dengan sebab itulah mereka menyesatkan kami.”
“Wahai Tuhan kami, timpakanlah mereka azab yang berganda dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar.” (Surah al-Ahzab ayat 67-68)
Maka tidak hairanlah Nabi SAW menyenaraikan antara dosa yang mengundang bala Allah adalah dengan memilih golongan jahat sebagai pemimpin. Hakikat yang perlu disedari, penguasa kuku besi itu sendiri merupakan bala bencana dari Allah. Bahana untuk semua.
Solusi
Islam mengajar kita supaya berani dan bertekad. Untuk menumbangkan penguasa kuku besi, tiada jalan lain melainkan dengan nekad. Ganjaran syahid antara cara Allah memotivasikan penolong agamanya supaya nekad menentang penguasa kuku besi yang memiliki segala kekuatan iblis.
Ya, memang mereka mampu lakukan apa sahaja. Tetapi jika kita tidak takut dengan mereka, apa yang mereka mampu buat? Inilah bagaimana kuasa-kuasa kuku besi dunia runtuh menyembah bumi apabila ‘kuasa nekad’ telah menguasai rakyat.
Oleh itu Nabi SAW telah menyatakan nekad merupakan satu-satunya jalan menumbangkan kuasa kuku besi dengan sabdanya (bermaksud), “Jadilah seperti pengikut setia Nabi Isa. Walaupun mereka tubuh mereka digergaji, walaupun tubuh mereka dipaku dengan kayu. Mati dalam ketaatan Allah lebih mulia dari hidup melawan Allah.” - Riwayat Tabarani.
Sejarah Kesultanan Sulu
(Bendera Asal Kesultanan Sulu)
Kesultanan Sulu :
Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Muslim yang suatu masa dahulu pernah menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke timur Sabah.
Sejarah
:
Pada tahun 1380, seorang ulama keturunan Arab, Karim ul-Makdum memperkenalkan Islam di Kepulauan Sulu. Kemudian pada tahun 1390, Raja Bagindo yang berasal dari Minangkabau meneruskan penyebaran Islam di wilayah ini. Hingga akhir hayatnya Raja Bagindo telah mengislamkan masyarakat Sulu sehingga ke Pulau Sibutu.
Sekitar tahun 1450, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Beliau kemudian bernikah dengan Paramisuli, puteri Raja Bagindo. Setelah kematian Raja Bagindo, Abu Bakr melanjutkan pengislaman di wilayah ini. Pada tahun 1457, ia menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang Dipertuan.
Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei memberikan Timur Sabah kepada Kesultanan Sulu atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di Brunei. Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.

27 February 2013
Hati Tidak Bahagia
9
SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi - iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak. Lagipun orang tamak selalu rugi. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak-banyakkanlah bersabar bila hadapi dugaan. Contohnya time kerja banyak, tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja. heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dengan apa yang kita ada.
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. Bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan su paya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

26 February 2013
Politik Kepartian di Malaysia
Politik kepartian pada asasnya lahir dari sistem demokrasi. Di Malaysia, ia bermula pada tahun 1955 apabila ia menerima sistem demokrasi sebagai kaedah pemerintahan di samping sistem beraja. Tiada dalam pengalaman Islam sepanjang sejarah, tertubuhnya parti politik dalam sistem pemerintahan negara. Ini bermakna kehidupan demokrasi dalam sistem politik Islam adalah satu pengalaman baru bagi umat Islam. Bagaimana amalan demokrasi harus disaring untuk mencapai objektif kehidupan berteraskan maqasid syara’ belum sampai ke tahap matang.
Malaysia seperti negara Islam lain menerima demokrasi Barat secara bertapis. Secara umumnya, kita mengamalkan pilihan raya tetapi masih mengekalkan nilai asal yang diwarisi dari pengalaman pemerintahan Islam ynng lampau. Negara Islam tidak menerima sepenuhnya falsafah demokrasi ala Barat. Prof. Said Asymawi bila ditanya tentang status negara Islam hari ini sebagai negara demokrasi, ia menjawab tidak. Sebaliknya negara umat Islam masih mewarisi sistem pemerintahan Islam dari zaman silam.
Isu penerimaan terhadap sistem demokrasi pilihan raya menjadi perbahasan hangat dalam kalangan gerakan Islam satu masa dahulu. Demokrasi memberi ruang penyertaan rakyat dalam menentukan dasar dan hala tuju negara. Umat menjadi sumber kuasa dan hak umat dalam memuhasabah pemerintah dianggap nilai yang baik dalam demokrasi. Imam Hasan al-Banna menerima sistem demokrasi pilihanraya secara umum dengan beberapa cadangan penambahbaikan. Saya berpendapat bahawa kita masih perlu mengolah demokrasi berasaskan nilai Islam atau nilai ketimuran.
Ini adalah satu satunya penyelesaian politik yang akan memihak kepada Islam dan umat Islam. Ada pun menerima liberal demokratik Barat sepenuhnya dari segi falsafah dan nilai akan merosak dan merugikan umat Islam. Kemungkinan ketidakmatangan pengalaman politik dalam membangunan sistem politik ala Islam telah membawa negara kita kepada perbalahan politik yang mengundang kemusnahan terhadap Islam dan umat Islam sendiri. Matlamat perjuangan parti politik umat Islam tidak dipandu oleh garis panduan bagi mencapai maksud siasah syariyyah yang umum.
Hari ini perbalahan politik dalam kalangan umat Islam sampai ke tahap yang membahayakan. Dengan maksud kemungkinan meruntuhkan sistem politik demokrasi bertapis kepada demokrasi terbuka yang akan meletakkan Islam dan umat Islam di bawah konsep samarata dengan agama dan umat yang lain. Keinsafan menuntut kita bersatu, bersepakat dalam mematangkan amalan demokrasi berasaskan nilai tempatan. Namun begitu, permusuhan politik telah dikuasai dendam yang hanya tahu meruntuh. Tanpa peduli alternatifnya nanti akan memberi ruang untuk kita membangunkan politik atas asas siasah syariyyah atau cita cita tersebut akan terkubur terus.
Parti parti politik umat Islam perlulah :
1. Bersepakat bagi mencari jalan memperkasakan kedudukan Islam dan martabat umat berlandaskan peruntukan peruntukan yang sedia ada.
2. Berbincangan untuk mengatasi tiga kepincangan yang wujud dalam sistem sekarang secara muwafakat dan ansur maju.
3. Mengkaji semula dasar hubungan dengan parti parti bukan Islam agar hala tuju Malaysia kearah kesempurnaan tidak tergugat.
4. Menolak dasar liberal yang akan menghakis kedudukan Islam, hak keistimewaan melayu dan mengancam intitusi raja.
5. Memastikan peranan politik non muslim dalam mana mana tahaluf siasi tidak melebihi kuasa tanfizi.
23 February 2013
Islam Jangan Bermusuh
Dilarang bermusuhan sesama Islam
Dari 'Aisyah ra katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan." (Riwayat Bukhari)
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. [Riwayat Bukhari & Muslim]
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah(panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." [Surah Al-Hujurat:11]
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka(kecurigaan), kerana sebagian dari buruk-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." [Surah Al-Hujurat:12]
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: "Adakah kamu tahu siapakah orang papa (muflis) pada Hari Kiamat?" Jawab sahabat, "Orang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya. "Baginda bersabda lagi: "Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan kedalam neraka." (Riwayat Muslim)

22 February 2013
Belajarlah Dengan Berdoa
1. Doa memulakan ulangkaji :
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”
2. Doa selepas mengulangkaji :
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
1. Ketika memasuki dewan peperiksaan :
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”
2. Ketika menerima kertas soalan :
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
3. Ketika sukar menjawab :
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”
Atau :
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”
4. Jika anda terlupa jawapan :
اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”
Subscribe to:
Posts (Atom)